Agensi persekutuan diarah henti langgan 2 akhbar kritik pentadbiran Trump

Agensi persekutuan diarah henti langgan 2 akhbar kritik pentadbiran Trump

Langkah ini diambil beberapa hari selepas Presiden Donald Trump dilaporkan berkata White House akan menamatkan langganan terhadap The Washington Post dan The New York Times

The Washington Post dan The New York Times merupakan antara media banyak mengkritik Presiden Donald Trump. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Di tengah-tengah ketegangan dengan media arus perdana di Amerika Syarikat (AS0 kian memuncak, White House mengarahkan agensi persekutuan di negara itu menamatkan langganan The Washington Post dan The New York Times, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.

Menurut White House tindakan itu sebagai langkah “berjimat cermat dan mengurangkan kos pembayar cukai.”

Bagaimanapun bila arahan itu berkuatkuasa tidak dapat dipastikan.

Langkah berkenaan diambil beberapa hari selepas Presiden Donald Trump dilaporkan berkata White House akan menamatkan langganannya terhadap dua akhbar itu.

“Kami juga tidak mahu akhbar itu ada di White House lagi,” kata Trump ketika diwawancara Fox News pada Isnin.

Dua akhbar berkenaan dan beberapa media lain sering dikecam Trump kerana laporan mereka yang kerap mengkritik pentadbiran presiden AS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.