
Siapa yang mahukan percutian mengerikan, sudah tentu semua mahukan percutian yang menenangkan dan rilek bagi seisi keluarga.
Tapi jangan terkejut jika ada yang sanggup pergi bercuti semata-mata untuk menyaksikan sesuatu yang mistik dan mengerikan.
Bagaimanapun ada juga yang tersalah pilih destinasi percutian sehingga ia menghantui anda sekeluarga.
“Isla de las Munecas” atau dikenali sebagai “Pulau Anak Patung” di Xochimilco merupakan sebuah pulau yang menyimpan 1,001 misteri yang menyeramkan terletak 17 kilometer dari Mexico City.
Walaupun terdapat kisah misteri disebalik nama pulau tersebut, namun ramai diantara pelancong tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke destinasi tersebut.
Beribu-ribu anak patung yang anggota badannya terputus digantung pada pohon-pohon serta dahan disekeliling pulau tersebut.
Berdasarkan penceritaan ramai, terdapat satu kisah tragis yang berlaku di kawasan pulau tersebut dimana seorang kanak-kanak perempuan dikatakan meninggal dunia di terusan pulau berkenaan, dipercayai mati lemas.

Susulan insiden itu, seorang lelaki warga tempatan bernama Don Julian Santana Barrera telah menemui satu anak patung terapung di tepi terusan tidak jauh dari mayat kanak-kanak malang itu.
Pelbagai jenis patung digantungkan pada dahan-dahan pokok sekitar pulau ini.
Sejak peristiwa itu, Barrera mendakwa dia sering diganggu oleh suara jeritan dan bayangan kanak-kanak itu.
Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut, dia kemudiannya mengambil keputusan menggantung anak patung tersebut di dahan pokok bagi menghormati semangat kanak-kanak itu.
Jadi bagi anda yang berani untuk melawat destinasi percutian yang menyeramkan ini, pihak syarikat Flash Pack menawarkan pengembaraan selama sembilan hari melalui Central Mexico.
Lawatan mengelilingi Mexico pastinya memberikan mereka pendedahan tentang sejarah serta tradisi yang kaya di negara ini.
Namun sukar dinafikan, Mexico menarik ramai pelancong dari seluruh dunia sepanjang tahun dengan kebudayaan yang tidak berkesudahan.

Pengembaraan ini bermula dari 26 Oktober hingga 3 November tahun ini dengan harga sekitar RM530 termasuk penginapan, pengangkutan tempatan, makanan dan pakar panduan.
Sumber: Daily Star
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]