
Paramedik dan polis menemui 38 mayat orang dewasa dan seorang remaja awal pagi semalam dalam sebuah kontena trak di kawasaan perindustrian di Grays, kira-kira 20 batu (32 km) di timur London.
Polis belum mengenal pasti mangsa tetapi ITV melaporkan kesemua mereka adalah rakyat China.
Polis Essex berkata mereka tidak dapat mengesahkan laporan itu dan tidak ada komen segera diperoleh daripada Kementerian Luar China atau dari Kedutaan China di London.
Detektif terus menyiasat pemandu trak, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara.
Sumber yang biasa dengan siasatan berkata dia dikenali sebagai Mo Robinson dari Portadown, di wilayah British dan BBC melaporkan polis telah menyerbu dua rumah di Ireland Utara, sebahagian daripada proses siasatan.
Selama bertahun-tahun, pendatang tanpa izin cuba masuk ke Britain dengan bersembunyi dalam kontena trak, sering berusaha untuk sampai di United Kingdom dari tanah besar Eropah.
Dalam tragedi pendatang tanpa izin terbesar di Britain, sebanyak 58 mayat warga China ditemui di dalam sebuah trak tomato di pelabuhan selatan Dover pada 2000.