Jijik… Penumpang sidai stoking di tingkap pesawat!

Jijik… Penumpang sidai stoking di tingkap pesawat!

Perangai pelik sesetengah penumpang pesawat sangat tidak diduga, ada yang pelik dan ada yang jijik.

Menaiki kapal terbang bersama kanak-kanak kecil bagi perjalanan yang jauh boleh menjadi mimpi ngeri kepada penumpang tetapi sebenarnya ada yang lebih mengerikan.

Banyak kejadian atau sikap pelik yang dilakukan oleh penumpang dewasa di dalam pesawat sehingga membuatkan penumpang lain tidak selesa.

Baru-baru ini, seorang penumpang membuat kejutan apabila mengeringkan stoking dengan menggantungkannya pada tingkap pesawat.

Gambar tersebut menunjukkan tindakan seorang lelaki tidak dikenali itu dimuatnaik oleh penumpang lain yang duduk berhampiran dengannya.

Perkongsian imej berkenaan menerusi akaun Instagram @passengershaming meraih lebih 5,000 tanda suka dan lebih 160 komen.

Apa yang menarik adalah kapsyen posting itu yang menyebut: “Saya membuat cucian dalam perjalanan ke Los Angeles hujung minggu ini!”

Keterangan gambar itu turut disertakan tanda pagar yang bermaksud serba boleh.

Hampir kesemua pengikut laman sosial itu tidak menyokong tindakan penumpang tersebut.

Malahan, mereka menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang menjijikkan

Sumber: Mirror UK

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.