
Siapa yang tidak pelik jika secara tiba-tiba awan membentuk menjadi gulungan dan ia berlaku di sepanjang laluan kereta api.
Dan itulah yang berlaku di di bandar Angleton, Texas apabila pembentukan awan pelik hingga menimbulkan rasa panik dan aneh dalam kalangan penduduk.
Menerusi rakaman yang tersebar, kelihatan gulungan awan panjang gergasi sepanjang laluan kereta api.
Seorang individu, Matthew Marley mendakwa rakaman berkenaan merupakan miliknya.
Tambahnya, ia dirakam pada Julai lalu namun baru menjadi tular apabila dimuat naik semula oleh saluran teori konspirasi.
Video itu turut menerima pelbagai komen termasuklah yang menyifatkan ia sebagai petanda dari tuhan.
Fenomena itu juga pernah berlaku di Rio De Janeiro, Brazil pada bulan lalu.
Sumber: Daily Star
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]