Gara-gara ‘selfie’ berani mati, wanita diharamkan naik kapal layar seumur hidup

Gara-gara ‘selfie’ berani mati, wanita diharamkan naik kapal layar seumur hidup

Seorang wanita bertindak panjat penghadang di antara ruang biliknya dan balkoni samata-mata mahu mengambil gambar dan tindakannya dikecam kerana merbahaya.

Gara-gara gila ber“selfie” sehingga sanggup membahayakan nyawa sendiri, seorang wanita diarah keluar daripada sebuah kapal persiaran.

Tindakannya memanjat ke balkoni biliknya semata-mata untuk mengambil gambar dalam keadaan berbahaya, berlatarkan laut ternyata tidak dapat diterima dek akal.

Malah wanita itu juga disenaraihitam seumur hidup daripada perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat itu untuk menaiki mana-mana kapal.

Insiden berlaku di kapal persiaran Royal Carribean, Allure of the Seans sewaktu ia menghampiri Labadee, Haiti awal minggu lalu.

Tindakan wanita itu dikesan oleh seorang penumpang, Peter Blosic sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada kru kapal.

“Saya nampak wanita itu panjat penghadang semasa saya berada di balkoni.

“Ia berlaku dengan begitu pantas. Tak tahu apa tujuan dia di situ, saya memaklumkannya kepada kru kapal.

“Kalau saya tak beritahu dan dia terjun akan menimbulkan masalah pula,” katanya kepada CNN.

Blosic kemudian memuat naik gambar di media sosial, menunjukkan wanita tersebut yang memakai pakaian mandi biru dengan tangannya di kepala.

Menurut Blosic, kru kemudian menjejaki wanita itu dan mengarahkannya untuk meninggalkan kapal itu semasa ia berlabuh di Falmouth, Jamaica.

Seorang jurucakap Royal Caribbean mengesahkan insiden itu.

Dalam satu kenyataannya kepada CNN memberitahu, tindakan penumpang tersebut menyebabkan dia tidak dibenarkan berlayar bersama Royal Caribbean.

Menerusi laman web Royal Caribbean menjelaskan bahawa “duduk, berdiri, berbaring atau memanjat, di atas atau melepasi mana-mana penghadang dalam atau luar atau penghadang keselamatan” tidak dibenarkan demi keselamatan penumpang.

Sumber: CNN

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.