4 pelabur disenarai pendek jadi rakan strategik Malaysia Airlines, kata Azmin

4 pelabur disenarai pendek jadi rakan strategik Malaysia Airlines, kata Azmin

Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata, empat pelabur itu sedang dinilai secara ketat dan teliti dengan mengambil kira kehematan kewangan dan sinergi terbaik untuk Malaysia Airlines.

Malaysia AIrlines is currently reviewing its overall 737 MAX programme. (Reuters pic)
KUALA LUMPUR:
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata, empat pelabur berpotensi disenarai pendek untuk menjadi rakan strategik Malaysia Airlines.

Katanya, empat pelabur itu antara 20 pihak yang dipelawa Khazanah Nasional Berhad dan sebuah entiti di bawahnya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) untuk menjadi rakan strategik Malaysia Airlines.

Beliau berkata, empat pelabur itu sedang dinilai secara ketat dan teliti dengan mengambil kira kehematan kewangan dan sinergi terbaik untuk Malaysia Airlines.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak boleh mendedahkan butiran empat pelabur itu disebabkan perjanjian tanpa pendedahan (Non-Disclosure Agreement).

“Buat masa ini, MAS sedang berusaha memantapkan operasi dan pengurusan dalaman melalui usaha penjimatan operasi dan usaha sama dengan syarikat penerbangan lain.

“Keputusan yang bakal dibuat untuk masa depan MAS adalah untuk memastikan MAS ada rakan strategik terbaik demi kebaikan MAS,” katanya di Dewan Rakyat hari ini menjawab pertanyaan Alexander Natta Linggi (GPS-Kapit) mengenai perkembangan pelabur yang berhasrat mengambil alih syarikat penerbangan nasional itu.

Awal bulan lalu, media melaporkan Khazanah dijangka memuktamadkan pemilihan rakan strategik untuk Malaysia Airlines menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Ridzuan dilaporkan berkata, sayap pelaburan kerajaan itu menerima cadangan daripada lebih 20 pihak bagi tujuan pengambilalihan Malaysia Airlines.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.