
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang mendedahkan hal itu berkata beliau tidak terlibat dalam perbincangan perjanjian pinjaman itu.
Shahrol disoal balas peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-25 perbicaraan bekas perdana menteri itu berkaitan 1MDB.
Shafee: Lembaga tidak pernah tahu mengenai perjanjian ini pada 29 Sept 2009 sebelum perjanjian JV?
Shahrol: Betul
Shafee: Jika perjanjian pinjaman ini telah dibentangkan kepada lembaga, mereka tidak akan bersetuju dengan terma tersebut?
Azral: Saya setuju dengan itu.
Ketika ditanya mengapa dia tidak memeriksa perkara itu dengan Najib, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, semuanya diuruskan Pengarah Eksekutif 1MDB ketika itu, Casey Tang dan dia mengandaikan Tang dengan pengalamannya akan memastikan semuanya teratur.
Saksi juga bersetuju dia tidak pernah melihat perjanjian pinjaman sepanjang memegang jawatannya dalam 1MDB dari 2009 hingga 2016.
“Saya telah ditunjukkan dokumen ini (perjanjian) semasa siasatan, saya tidak ingat sama ada saya melihatnya pada 2009.”
Najib berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan bersambung di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada Khamis ini.