
Katanya MPN harus menunjukkan teladan yang baik kepada golongan intelektual, selain menambah bahawa anggota badan itu merupakan “bijak pandai” yang mampu berfikir sendiri.
“Tidak ada salahnya (majlis) itu, tetapi ia menjadi salah sekiranya ia dianggotai orang yang salah,” katanya kepada pemberita di luar satu acara di sini, hari ini.
“JIka hujah mereka sama seperti hujah orang biasa, maka saya fikir MPN tidak memenuhi objektifnya sebagai sebuah badan yang tidak memihak, lebih baik, lebih intelektual dan lebih bijaksana berbanding orang biasa.”
Ramasamy menyelar MPN sebelum ini kerana mempertahankan ahli akademik Zainal Kling berhubung kenyataannya pada kongres tersebut dengan berkata, badan itu masih terdiri daripada kelompok yang “berkubu” di bawah kerajaan Barisan Nasional.
Berikutan itu MPN berkata, ia merupakan pertubuhan bebas dan tidak tunduk kepada mana-mana parti politik. Ia juga menolak dakwaan Ramasamy bahawa ia menyokong Zainal secara membabi-buta.
Kadir berkata, sebagai sebuah entiti awam, majlis itu adalah tertakluk kepada pemeriksaan awam dan perlu bertanggungjawab ke atas tindak-tanduknya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju majlis itu dibubarkan dengan berkata, ia seharusnya mewakili mercu golongan intelektual di negara ini.
“Sama ada ia relevan atau tidak, terserah kepada mereka. Objektifnya ada dan sangat jelas,” katanya.