Tekan ‘+’ untuk lapor maklumat tambahan dalam Google Maps!

Tekan ‘+’ untuk lapor maklumat tambahan dalam Google Maps!

Google Maps bukan sahaja boleh digunakan bagi mereka yang cacat penglihatan, tetapi juga telah ditambah baik fungsinya untuk melapor kemalangan dan perangkap kelajuan.

Kebanyakan mana-mana syarikat akan memperbaharui sistem dan teknologi mereka selaras dengan arus pembangunan kini.

Ia bertujuan supaya mereka dilihat tidak ketinggalan dan sentiasa “update” mengikuti perkembangan semasa.

Dalam hal ini, Google turut tidak melepaskan peluang untuk sentiasa memperbaharui sistem mereka menjadi lebih baik dan memudahkan para pengguna.

Pembaharuan itu dibuat sejak 2018 lagi dimana Google telah menambah fungsi di mana orang ramai boleh melaporkan kemalangan, perangkap kelajuan dan keadaan trafik secara terus dari telefon mereka.

Sebelum itu juga Google Maps turut menambah fungsi navigasi suara bagi membantu orang cacat penglihatan untuk sampai ke destinasi dengan lebih selamat.

Fungsi ini sangat popular pada pengguna Android malah turut di perluaskan pada penggunaan iOS.

Dalam penggunaan Google Maps, pasti anda akan meneliti terlebih dahulu jalan yang mempunyai kesesakan lalu lintas yang teruk sekaligus menggunakan jalan alternatif lain.

Menurut Google lagi, pihak mereka akan memperkenalkan kemampuan membuat laporan lain seperti pembinaan jalan raya, penutupan laluan, kereta yang berhenti di tepi jalan atau juga halangan-halangan seperti cebisan dari kemalangan.

Caranya, anda hanya perlu menekan ikon “+” dan pilih “Add to report”.

Dilaporkan ia akan mulai berfungsi pada minggu ini, jadi anda boleh mengemaskini Google Maps dalam Google Play Store anda bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.