Warga Singapura akan beli hartanah mewah jika nilai ambang rendah, kata Zuraida

Warga Singapura akan beli hartanah mewah jika nilai ambang rendah, kata Zuraida

Rakyat Singapura akan tertarik kepada Johor tetapi semuanya bergantung kepada kerajaan negeri, kata menteri.

Menteri Zuraida Kamaruddin berkata penurunan nilai ambang tidak akan menjejaskan pembeli tempatan, mengatakan lebihan rumah mewah akan terjual jika orang tempatan mahu membelinya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Warga Singapura mungkin akan membeli hartanah-hartanah mewah yang tidak terjual di Johor jika nilai ambang untuk warga asing direndahkan daripada RM1 juta kepada RM600,000, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini.

“Rakyat Singapura akan tertarik kepada Johor kerana berdekatan. Tetapi semuanya bergantung kepada kerajaan negeri jika mereka mahu ikut ambang baru itu atau tidak.

“Kerajaan negeri bebas tentukan apakah ambang yang sesuai,” tambahnya selepas menghadiri majlis di Hotel Berjaya Times Square hari ini.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Dzulkefly Ahmad berakta harga hartanah berharga RM600,000 ke atas membentuk 60-70 peratus hartanah tak terjual di negeri itu. Terdapat 51,000 hartanah tak terjual di negeri itu.

Beliau berkata Pejabat Tanah dan Galian Johor akan membuat keputusan mengenai nilai ambang untuk warga asing membeli hartanah di Johor kereana ia bawah bidang kuasanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 berkata nilai ambang RM600,000 untuk warga asing dijangka akan mengurangkan pangsapuri yang masih belum terjual, yang kini mencecah RM8.3 bilion pada suku kedua 2019.

Zuraida tidak fikir penurunan nilai ambang akan menjejaskan pembeli tempatan di Johor.

“Apa yang kita nampak ialah hartanah yang masih belum terjual. Sudah agak lama tak terjual. Jika pembeli tempatan mahu membelinya, mereka akan berbuat demikian.”

Zuraida juga berkata salah untuk fikir bahawa pemaju akan menaikkan hartanah berharga rendah kepada RM600,000 untuk mengambil kesempatan akan pengumuman kerajaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.