Tunjuk duit, Kadir beritahu pembida PLUS

Tunjuk duit, Kadir beritahu pembida PLUS

Kerajaan berkata, ia akan mengkaji tawaran untuk mengambil alih PLUS sekiranya ia memenuhi keperluan negara dan memberi manfaat kepada pengguna.

A Kadir Jasin berkata, pembida PLUS Malaysia Berhad perlu mendepositkan RM500 juta ke dalam akaun kerajaan.
PETALING JAYA:
Penasihat media Dr Mahathir Mohamad, A Kadir Jasin berkata, pihak yang berminat membeli PLUS Malaysia Berhad hendaklah membuktikan kesungguhan mereka dengan mendepositkan RM500 juta ke dalam akaun kerajaan.

Kadir berkata, wang itu akan dikembalikan kepada mereka selepas Putrajaya membuat keputusan mengenai pihak yang berjaya mengambil alih konsesi lebuh raya yang dimiliki oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Cakap, cakap, janji kosong tiada nilai. Tunjukkan kepada kerajaan dan rakyat duitnya,” kata beliau di Facebook.

Semalam dilaporkan taikun Halim Saad menjadi pihak terbaru yang menyertai persaingan untuk menguasai syarikat tersebut, dengan membuat tawaran usaha sama dengan ahli perniagaan Wong Gian Kui untuk membeli pegangan 51 peratus yang dimiliki Khazanah pada harga RM5.2 bilion.

Ini berikutan langkah gergasi pembinaan Bumiputera Widad Business Group, firma ekuiti persendirian Hong Kong yang dimiliki rakyat Malaysia, RRJ Capiral dan Maju Holdings Sdn Bhd mengesahkan telah membuat tawaran masing-masing.

Lebuh raya yang terlibat dalam pengambilalihan Lebuhraya PLUS adalah Lebuhraya Lintasan Kedua, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Kerajaan berkata, ia akan mengkaji mana-mana tawaran untuk mengambil alih PLUS sekiranya ia memenuhi keperluan negara dan memberi manfaat kepada pengguna dengan kadar tol lebih rendah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.