Duit dicuri melalui ‘paywave’? Ini tips anda perlu lakukan

Duit dicuri melalui ‘paywave’? Ini tips anda perlu lakukan

'Paywave' merupakan kemudahan yang anda boleh gunakan ketika membuat urusan supaya lebih mudah dan pantas.

Jika anda pergi membeli barang seorang diri, anda sudah tentu memilih barang dan mengeluarkan dompet daripada beg dengan cermat dan berhati-hati untuk membayar barangan tersebut.

Namun ia tidak berlaku kepada mereka yang membawa anak kecil khususnya ketika membeli barang di pasaraya.

Mereka agak kelam-kabut dan tidak boleh memilih barang dengan mengambil masa yang lama, apatah lagi ketika membuat pembayaran di kaunter.

Mereka ini kebanyakannya akan lebih menggunakan perkhidmatan “paywave” iaitu menyentuh kad debit di peranti yang disediakan, tanpa perlu memasukkan nombor pin sebagai pengesahan.

Tidak sampai seminit, siap! barang yang anda ambil telah pun dibayar.

Ia sangat mudah dan anda boleh mengatur masa lebih baik untuk menguruskan pembelian barang dan anak-anak anda yang kebanyakannya tidak boleh duduk diam.

Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana keadaannya jika kad anda dicuri? Ini bermakna mereka boleh membeli barang dan menggunakan kad debit anda sebagai pelanggan yang sah.

Mereka hanya perlu meletakkan kad tersebut di atas peranti itu tanpa memerlukan sebarang pengesahan.

Sebelum ia terjadi, beberapa perkara anda harus lakukan supaya wang anda tidak “dicuri” oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

1. Pergi ke mesin ATM

2. Cari menu “Other Transaction”

3 . Change limit

4. Purchase limit

5. No Purchase

6. Masukkan nombor kad pengenalan dan kita akan diminta sekali lagi untuk mengesahkan “no purchase”.

Anda harus ingat jika langkah di atas dibuat anda tidak lagi boleh menggunakannya sebagai kad debit.

Namun jika anda ingin mematikan “paywave” sahaja dan masih ingin menggunakan kad debit, anda boleh meletakkan “0” limit.

Bagaimanapun anda masih boleh meletakkan kadar minimum RM50 atau RM100 pada “limit purchase” pada pilihan paywave dan dengan cara ini jika kad anda dicuri, ia tidak boleh melakukan transaksi melebihi limit yang telah anda tetapkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.