Susah tidur malam? Ini anda harus lakukan

Susah tidur malam? Ini anda harus lakukan

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ubah supaya boleh tidur dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Dalam kesibukan kerja setiap hari, pasti anda letih dan memerlukan rehat yang mencukupi.

Namun pada ketika itu anda tidak boleh tidur dengan tenang kerana minda masih aktif memikirkan banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Kadang-kala anda akan terfikir mengapa perkara ini terjadi?

Menurut Pakar Neurologi Hospital Huntington di New York, Dr Melissa Bernbaum, beberapa perkara perlu anda ubah supaya anda dapat berehat dengan lebih berkualiti.

Menurutnya selain perlu mengelak daripada tidur siang, anda perlu berhenti minum kafein sekitar 12 tengahari kerana ia membuatkan anda tidur lena pada jam 10 malam nanti.

“Sesetengah orang berkata kafein tidak menghalang mereka daripada terlena. Tetapi ia mungkin boleh menjejaskan kualiti tidur,” katanya.

Tambahnya, anda juga perlu perlu memadamkan semua alat elektronik seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Malah, apa sahaja yang boleh menyebabkan tidur anda terganggu dan kembali stress pada waktu tidur anda, jauhkan!

“Sesetengah daripada kita perlu bekerja dari rumah pada waktu tertentu. Tetapi cuba elak daripada melakukan aktiviti kerja yang tidak penting sebelum anda tidur,” katanya lagi.

Namun jika ia mustahil dilakukan oleh anda, setkan masa sejam lebih awal untuk anda menyiapkan kerja sebelum tidur, maka minda anda akan menjadi lebih tenang dan “kosong”.

“Contohnya, anda boleh sediakan senarai tugasan untuk keesokan harinya, atau senarai masalah yang menimpa serta jalan penyelesaiannya.

“Dengan cara ini, anda boleh tidur dengan aman kerana anda rasa terjamin yang semua stres anda sudahpun dikendalikan.”

Pastikan ia diselesaikan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.