Azizulhasni optimis mampu raih emas di Korea Selatan

Azizulhasni optimis mampu raih emas di Korea Selatan

Kecederaan jari dialami Azizulhasni akan membuatkannya menukar teknik genggaman ‘handelbar’.

Azizulhasni Awang optimis meskipun mengalami kecederaan jari. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kecederaan yang dialami bukannya penghalang untuk memburu emas.
Itulah semangat yang ditampilkan Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai “The Pocket Rocketman” meskipun mengalami kecederaan jari.

Sasaran Azizulhasni ialah untuk memenangi emas pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-40, yang berlangsung di Velodrom Perkampungan Atlet Jincheon, Korea Selatan Ahad ini.

Ketika ini Azizulhasni yang berada di ranking kedua keirin elit lelaki UCI serta membantu negara berada di kedudukan kelima ranking Olimpik keirin, mengharapkan pingat emas itu nanti akan memberikannya keselesaan untuk memperoleh tempat ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Untuk rekod, hanya tujuh pelumba ranking terbaik keirin akan memperoleh slot automatik ke Tokyo dengan setiap negara yang layak hanya boleh menghantar seorang pelumba.

Bagaimanapun, menurut laporan BH, Azizulhasni mengakui tidak akan menyertai acara pecut berpasukan dan akan mengubah cara memegang “handlebar” kerana masih tidak boleh menggengam dengan kuat.

Pemenang pingat gangsa acara keirin pada Sukan Olimpik 2016 di Rio itu mengalami kecederaan retak pada jari telunjuk di tangan kanannya pada pertengahan bulan lalu apabila jarinya tersangkut dan tercucuk di mata gear sebelum menjalani pembedahan kecil.

Status dia dalam misi memburu tempat ke Olimpik dalam acara pecut individu masih samar apabila berada di ranking 19 dan negara berada di kedudukan ke-16 dalam pungutan mata acara pecut ke Olimpik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.