
Tetapi arahan itu terlambat kerana kira-kira 200 salinan buku belanjawan itu sudah dicetak.
Wong tidak menamakan siapa yang memberikan arahan itu, hanya berkata ia daripada seorang “pemimpin”.
“Saua masih ingat dengan jelas, semua pegawai saya dan pelatih saya bergegas menampalkan angka sifar peratus ke atas angka tiga peratus.
“Selepas itu, setiap tahun, saya pula diarah untuk pertahan dasar GST kadar sifar,” kata Wong Chen, yang memainkan peranan dalam pembikinan belanjawan bayangan gabungan itu, semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
GST, diperkenalkan pada Apr 2015 pada kadar enam peratus, digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 Sep 2018.
Wong Chen seterusnya berkata selepas kemenangan PH pada pilihan raya tahun lepas, beliau berharap kerajaan baru akan mengurangkan kadar GST kepada tiga peratus, dan menjalankan kajian terperinci sebelum beralih kepada SST.
Beliau mahu perkara ini dimasukkan dalam rekod.
“Dalam dunia hari ini, di mana sejarah boleh ditulis semula dan dasar boleh berubah, saya ingin masukkan dalam rekod bahawa dasar GST yang ditulis oleh pejabat saya pada 2016 adalah pengurangan GST dari enam peratus kepada 3 peratus,” tambahnya.