Sememangnya tidak masuk akal apabila bayi pramatang berusia tiga hari selamat ditemui selepas ditanam beberapa jam oleh keluarganya di Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan CNN bayi tersebut diselamatkan sepasang suami isteri ketika ingin menggali kubur bagi menanam bagi mereka yang meninggal dunia akibat keguguran.
Difahamkan bayi tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain dan disumbat dalam periuk tanah liat sebelum ditanam.
Dia yang mengalami kesukaran bernafas terus dihantar ke hospital dan dirawat akibat jangkitan paru-paru.
Menurut doktor, dia kemungkinan mendapat oksigen melalui liang tanah yang membolehkannya terus hidup.
“Beratnya hanya 1.08 kilogram dan keadaan menunjukkan dia adalah bayi pramatang yang berusia tiga hari ketika dibawa ke hospital.
“Bayi pramatang biasanya tidak memerlukan bekalan oksigen yang banyak untuk hidup. Bagaimanapun, bayi ini mempunyai semangat yang kuat,” kata doktor tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]