
Beliau melihat aduan-aduan berunsur rasuah dan salah guna kuasa terhadap Jabatan Kehakiman sebagai perkara yang membimbangkan dan berharap ia berkurangan pada tahun akan datang.
“Ia sehingga sistem kehakiman Malaysia bersih daripada sebarang perbuatan rasuah,” katanya kepada pemberita sempena sambutan Hari Integriti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Latheefa bagaimanapun enggan beritahu butiran aduan berkenaan atau sudahkah kertas siasatan dibuka.
“Apabila kita sedia buat reman dan buka kertas siasatan serta mendakwa, kita akan maklumkan kepada umum,” katanya.
Ditanya apakah 20 maklumat rasuah itu boleh dianggap sebagai jumlah yang banyak bagi SPRM, Latheefa berkata ia bergantung kepada konteks.
“Ada beberapa aduan yang dibuat terhadap seorang sahaja, bukannya satu aduan dibuat terhadap satu individu dan menjadikan ia 20 individu,” tambahnya.
Pada September lalu, SPRM berjaya menahan seorang hakim syarie kerana disyaki menerima suapan sebanyak RM4,000.
Dia dipercayai menerima wang suapan untuk melepaskan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis yang dalam perbicaraan mahkamah.