Di Jepun, kaum ibu sangat dihargai untuk diberi masa “me time” pada diri sendiri daripada kesibukan kerja.

Untuk itu, di sana terdapat pawagam khas untuk Ibu dan Anak (kids-friendly cinema yang dikenali sebagai “Mama to Akachan Ishioni” ataupun “Ibu dan Anak Bersama-sama”.
Buat masa ini tawaran itu terdapat di TOHO Cinema sahaja dimana slot panggung untuk ibu dan anak ini dibuka setiap hari Khamis, satu atau dua kali dalam sebulan.

Menurut info yang dikongsi bersama dalam Facebook oleh Zunita Ramli, TOHO Cinema mengambil inisiatif ini kerana tahu akan kepayahan menjadi surirumah tangga yang terlalu sibuk dengan urusan anak-anak khususnya.
Jadi kaum ibu boleh pergi menonton wayang bersama rakan lain yang juga mempunyai anak. Seronok bukan?
Apa beza panggung “Mama to Akachan Ishioni” dengan panggung biasa?
1. Bunyi bising dibenarkan
Ini yang sangat diperlukan untuk ibu-ibu diluar sana, anak anda boleh menangis, boleh ke tandas berpuluh kali, anda juga dibenarkan bercakap dengan anak, suami atau rakan sepanjang filem dipertontonkan, tiada masalah!
2. Lampu lebih terang
Untuk memudahkan ibu mengawasi anak semasa menonton filem, lampu panggung dicerahkan sedikit. Jadi ibu-ibu boleh mengawasi anak mereka dengan mudah sepanjang filem berlangsung!
3. Pendingin hawa lebih fleksibel
Pendingin hawa boleh dilaraskan mengikut kesesuaian anda. Anda boleh meminta untuk suhu lebih panas mahupun lebih sejuk.

4. Bunyi (sound) filem lebih perlahan
Sebagai panggung yang mesra kanak-kanak, semestinya bunyi diperlahankan. Ini kerana, kanak-kanak terutama bayi tidak selesa dengan bunyi yang kuat. Jadi, bunyi dari filem yang ditonton lebih perlahan daripada biasa.
5. Kerusi khas untuk anak
Kerusi khas untuk anak juga disediakan untuk memastikan anak anda berada dalam keadaan yang selesa sepanjang filem tersebut.
Harga tiket?
Sama seperti harga tiket biasa, iaitu sekitar ¥1800 (RM72) sahaja.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]