
Cho dilantik Presiden Moon Jae-in pada 9 Sept lalu untuk memimpin pembaharuan pejabat pendakwa raya, yang menurut pengkritik undang-undang telah lama terdedah kepada tekanan politik.
Pelantikannya muncul ketika pihak pendakwa raya sedang menyiasat pelaburan kewangan keluarganya dan kemasukan universiti anaknya, yang membangkitkan protes terhadap Cho.
“Saya memutuskan saya tidak mahu membebankan presiden dan kerajaan dengan urusan keluarga saya,” kata Cho dalam kenyataan mengumumkan peletakan jawatan.
“Saya percaya sekarang adalah masa untuk saya berundur supaya pembaharuan pejabat pendakwa raya akan berjaya diselesaikan,” katanya.