Bangganya… Kek lapis Sarawak tampil di rancangan televisyen Britain

Bangganya… Kek lapis Sarawak tampil di rancangan televisyen Britain

Pastinya rakyat Malaysia bangga apabila kek lapis Sarawak jadi pilihan dalam pertandingan ‘Great British Bake Off’.

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti akan mencari kek lapis untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Ini kerana semua tahu kek lapis Sarawak merupakan pemanis mulut yang terkenal dalam masyarakat di Sarawak.

Malah pengaruh kesedapannya turut menjadi “gilaan” orang di Semenanjung Malaysia.

Tapi siapa sangka terbaru kek lapis Sarawak muncul dalam rancangan pertandingan terkenal “Great British Bake Off”.

Untuk pengetahuan anda, rancangan pertandingan “Great British Bake Off” ini telah diadakan sejak tahun 2010 lagi dan telah melahirkan beberapa bakersyang berkebolehan.

Dalam episod terbaharu rancangan tersebut, ia mengetengahkan tema “Festival Week” dan pastinya menguji peserta untuk menghasilkan hidangan yang unik diinspirasikan daripada pelbagai negara.

Para peserta harus berjaya untuk mengagumkan para juri dengan kek lapis mereka.

Apa yang menarik perhatian apabila Paul Hollywood yang merupakan juri pertandingan tersebut cukup kagum dan mengatakan bahawa hidangan tersebut hidangan paling sukar dibuat dalam pertandingan itu.

Mana tidaknya, hanya 4 jam diperuntukkan untuk mereka menyediakan hidangan itu.

Berikutan itu, rata-rata rakyat Malaysia berasa bangga kerana para peserta berjaya untuk menghasilkan kek tradisional Sarawak ini.

Secara tidak langsung ia mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Sumber: The Great British Bake Off

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.