Dalam kehidupan, perancangan di peringkat awal adalah penting supaya kehidupan anda sehinga hari tua teratur dan sempurna.

Ia juga supaya anda tidak mempunyai bebanan hutang yang tinggi dan hidup dalam keadaan lebih selesa.
Ramai yang tidak mengambil kira dalam hal ini, tetapi ia sangat penting dan anda perlu memulakannya daripada sekarang.
Umur 20-30 tahun
Emas adalah salah satu produk pelaburan yang sesuai untuk umur 20-30 tahun.
Umur sebegini dikategorikan sebagai golongan yang masih muda, ada yang masih belajar malah sering kali digelar fresh graduate (graduan).
Walaupun sudah berkerja, gaji yang diperolehi akan dibelanjakan untuk membeli-belah, makanan dan melancong.
Ini bermaksud, karakter kewangan pada usia muda iaitu di bawah umur 30 tahun kebiasaannya belum mampu mengawal kewangan secara stabil.
Mereka merasakan mereka tidak mempunyai komitmen atau apa-apa tanggungan yang membebankan kewangan mereka, walaupun mereka mahu membantu keluarga dari segi kewangan, biasanya cuma dalam jumlah yang kecil.
Apabila anda sudah merancang untuk melabur pada usia sebegini, ini bermakna anda setapak lebih maju dan menjadi permulaan yang sangat baik untuk kewangan anda pada masa hadapan.
Tips:
Lebih baik melabur untuk tujuan jangka masa panjang, sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun.
Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 50% hingga 70% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah saham, dana bersama, insuran, emas, hartanah, perdagangan matawang asing, bon dan deposit.
Umur 30-40 tahun
Pelaburan hartanah adalah sangat sesuai bagi mereka yang berumur 30-40 tahun.
Semestinya pada usia begini, sama ada mereka yang telah berkeluarga atau yang masih bujang, boleh dikatakan sudah mampu menguruskan kewangan dengan baik.
Ini kerana dari segi usia, mereka sudah mampu berfikiran lebih matang dan bertanggungjawab keatas beberapa komitmen.
Contohnya, bagi mereka yang telah berkeluarga, semestinya mempunyai keperluan bulanan yang harus disediakan, pembiayaan tempat tinggal hinggalah yuran sekolah anak-anak.
Menyebut tentang pelaburan, pasti menjadi perkara penting kerana menabung sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan masa hadapan dan ada baiknya jika sudah mula berfikir tentang simpanan persaraan.
Tips:
Tetapkan tujuan pelaburan dengan jelas. Contohnya untuk pendidikan anak-anak atau untuk berkahwin ataupun untuk simpanan persaraan.
Pelaburan boleh dipilih sama ada untuk jangka masa sederhana iaitu 5-10 tahun atau untuk jangka masa panjang. Semuanya perlu selari dengan tujuan pelaburan.
Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 30% hingga 50% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah saham, dana bersama, insuran, emas, hartanah, perdagangan matawang asing, bon dan deposit.
Umur melebihi 50 tahun
Dana bersama adalah pelaburan yang sesuai bagi mereka yang berumur lebih dari 50 tahun.
Semakin bertambah usia, semakin banyak yang perlu dibelanjakan.
Berrmula dari pembiayaan pendidikan anak-anak, keperluan rumah tangga, sehinggalah keperluan untuk membahagiakan cucu-cicit.
Sebaiknya, pada usia begini anda telah bijak menguruskan kewangan serta memiliki sumber pendapatan yang lebih stabil untuk menampung kos sara hidup anda serta keluarga.
Akan tetapi, apabila pada usia sebegini pun anda masih belum mempunyai apa-apa pelaburan, tidak salah jika anda mencuba untuk melabur keatas perkara yang sesuai dengan kemampuan dan yang penting sesuai dengan usia.
Tips:
Tetapkan tujuan pelaburan dengan jelas.
Contohnya untuk pembayaran ibadah haji atau umrah, simpanan persaraan untuk 5-10 tahun ke hadapan, atau untuk melancong di hari tua kelak dan lain-lain.
Boleh melaburan untuk jangka masa sederhana iaitu 5-10 tahun. Semuanya harus diselarikan dengan tujuan pelaburan.
Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 20% hingga 30% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah dana bersama, emas, perdagangan matawang asing dan deposit.
Umur 60 Tahun dan usia persaraan
Deposit termasuk dalam jenis pelaburan yang sesuai untuk usia persaraan.
Jika pada usia ini anda sudah pun memiliki simpanan persaraan dan hasil pelaburan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup anda, Selamatlah.
Akan tetapi, jika anda masih dalam keadaan kewangan yang belum stabil, usah bersedih. Yang penting anda sihat.
Tentang pelaburan, anda masih ada peluang untuk melabur. Tidak ada erti terlalu lambat, asalkan anda ada kemahuan untuk melakukannya.
Tips:
Tetapkan tujuan pelaburan dengan jelas. Contohnya untuk pembayaran ibadah haji atau umrah, simpanan persaraan untuk 3-5 tahun ke hadapan, atau untuk melancong di hari tua kelak dan lain-lain.
Boleh melaburan untuk jangka masa pendek atau sederhana seperti 2-3 tahun.
Semuanya harus diselarikan dengan tujuan pelaburan.
Sebaiknya memilih produk pelaburan yang berisiko rendah
Peratusan jumlah wang yang dikeluarkan untuk pelaburan adalah di dalam kadar 10% dari pendapatan atau gaji yang diperolehi.
Pilihan produk pelaburan yang sesuai adalah emas, perdagangan matawang asing dan deposit.
Sumber : usahawan.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]