
Ahli Parlimen itu percaya ia kerana Pakatan Harapan malu kerana gagal memenuhi janji pilihan raya umum ke-14.
“Buat pertamanya kalinya dalam tempoh 10 sehingga 20 tahun tidak disebut langsung dalam belanjawan…sesi libat urus hendak keluarkan kerangka baru PTPTN – langsung tidak ada,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2020 hari ini.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan pada 15 Sept berkata Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang mengandungi maklumat berkenaan mekanisme baru pembayaran balik pinjaman telah diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk dibawa ke Kabinet.
Khairy hari ini menarik perhatian Dewan Rakyat kepada langkah BN menangani isu pembayaran balik pinjaman PTPTN.
“Kita bagi diskaun kepada mereka yang buat bayaran penuh,” katanya.
Awal hari ini, Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyoal kenapa Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng minggu lepas tidak sentuh tentang PTPTN.
“Apakah sebenarnya pelan menteri pendidikan berhubung perkara ini?” katanya.