
Penyanyi dan pelakon, Sulli ditemui mati di tingkat dua kediamannya di Seongnam, Seoul, Korea Selatan hari ini.
Menurut laporan Korea Herald, mayat pelakon filem Fashion King ini telah ditemui oleh pengurusnya dan disahkan oleh pihak polis.
Bagaimanapun, agensi pengurusan SM Entertaiment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung berita mengejutkan ini.
“Mengejutkan dan berharap ia tidak benar. Kita masih belum dapat hubungi agensi Sulli,” kata sumber media di Korea Selatan.
Sementara itu, menerusi laman Twitter, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dengan perkhabaran ini.
Malah, ada yang tidak percaya dengan berita tersebut dan berharap ia hanyalah mimpi semata-mata.

Sulli atau nama sebenar Choi Jinri, 25, memulakan karier seni sejak tahun 2009 dengan menyertai kumpulan f(X).
Pada tahun 2015, Sulli dilaporkan nekad untuk keluar daripada bidang nyanyian dan mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya lakonan.
Khamis lalu, Sulli mengakui hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura bahagia di hadapan semua orang.
Kata Sulli, dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perasaan tersebut dan hanya mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]