
Perlawanan terpaksa ditentukan ke masa tambahan 30 minit setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 secara agregat, termasuk selepas masa tambahan 30 minit.
Untuk rekod, JDT II mengalahkan UKM FC 1-0 pada aksi final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru pada 4 Okt lepas.
Selaku juara, JDT II membawa pulang trofi Piala Cabaran dan wang tunai berjumlah RM200,000 dan pingat, manakala UKM FC terpaksa berpuas hati dengan wang tunai RM75,000 dan pingat yang disampaikan Naib Canselor UKM, Mohd Hamdi Abd Shukor dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Kapten Mohd Anizam Jamian.
Penjaga gol UKM FC, Khatul Anuar Md Jalil dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir.