
Kerjasama itu membabitkan syarikat gabungan China-Indonesia, KCIC untuk mengendalikan operasi Kereta Api Bekelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung.
“Kami ingin memastikan tahap perkhidmatan dan keselamatan disediakan kereta api HSR adalah yang terbaik.
“Banyak yang akan kami pelajari,” kata Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi, lapor agensi berita Xinhua.
Tempoh sah dokumen kerjasama itu selama lima tahun meliputi pelbagai kerjasama dalam bidang program latihan dan pendidikan untuk pekerja profesional yang ditugaskan untuk mengoperasikan dan menyelenggarakan HSR Jakarta-Bandung.
Kerjasama lain termasuk penyelidikan dan pengembangan di sektor pengangkutan kereta api di samping informasi mengenai pengetahuan dan teknologi pembangunan pengangkutan kereta api.
Projek pembinaan landasan sejauh 142km antara dua bandar sedang berjalan dan dijadualkan memulakan operasi komersilnya pada 2021.
Sebaik beroperasi, ia akan memendekkan waktu perjalanan dari tiga jam kepada hanya 40 minit. HSR Jakarta-Bandung adalah projek utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan.