
Sayed Aghazada didapati bersalah kerana tidak “melaporkan dan menghalang” bekas presiden persekutuan itu, Keramuudin Karim daripada melakukan tindakan seksual berulang kali antara 2013 dan 2018.
Badan pentadbiran bola sepak dunia mengharamkan Keramuudin seumur hiudp dari semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada Jun lalu.
“Dalam keputusannya, dewan adjudikator memutuskan Sayed sedar tentang insiden ini dan mempunyai kewajiban untuk melaporkan dan mencegahnya menurut Kod Etika Fifa,” kata kenyataan Jawatankuasa Etika Bebas Fifa.
Selain digantung Sayed didenda 10,000 franc Swiss.
Kenyataan Fifa menambah: “Jawatankuasa Etika Fifa masih meneliti tuduhan dibuat terhadap individu lain berkaitan dengan siasatan yang sama dan kedudukan mereka sebagai pegawai bola sepak.”
Sayed juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).
AFC berkata ia mengambil maklum keputusan Fifa itu dan akan menunggu sehingga keputusan itu muktamad sebelum membuat sebarang komen lanjut.