AS-China puas hati dialog pusingan pertama, yakin tamat ‘perang dagang’

AS-China puas hati dialog pusingan pertama, yakin tamat ‘perang dagang’

Presiden Donald Trump menyifatkan rundingan dengan China semalam sangat baik.

(Dari kiri) Lighthizer, Liu He dan Mnuchin semasa sidang media semalam. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Perunding utama Amerika Syarikat dan China menyifatkan perbincangan perdagangan hari pertama dalam tempoh lebih dua bulan semalam sebagai kumpulan bisnes dua pihak yang mampu menyelesaikan isu perang dagang berlarutan sejak 15 bulan lalu dan jadual kenaikan tarif AS yang tertangguh minggu depan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan wakil dagangnya, Robert Lighthizer bertemu dengan Naib Presiden Liu He dan pegawai kanan China selama tujuh jam di ibu pejabat Perbendaharaan AS dekat White House.

“Kami mengadakan rundingan sangat baik dengan China,” kata Presiden AS, Donald Trump kepada wartawan sejurus rundingan tersebut berakhir.

Trump turut mengulangi dengan mengatakan rancangannya bertemu Liu di White House hari ini memberikan petanda baik.

Jurucakap rasmi White House menyatakan perbincangan berjalan dengan baik, “kemungkingan lebih baik daripada apa yang dijangka.”

Liu juga kelihatan tersenyum dan melambai tangan ke arah wartawan sebelum meninggalkan bangunan tersebut tanpa memberikan sebarang jawapan. Kedua pihak akan bertemu hari ini.

Perunding bersetuju terhadap peringkat bawah perjanjian awal ‘harvest’ berhubung isu seperti mata wang dan perlindungan hak cipta tanpa dipengaruhi masalah hubungan antara kedua negara ekonomi besar dunia itu.

Dewan perundangan perdagangan AS secara rasmi diberi penjelasan daripada kedua pihak pada awalnya, semalam.

Ketua Perhubungan Antarabangsa badan tersebut, Myron Brilliant memberitahu wartawan perunding ‘berusaha mencari jalan untuk perjanjian lebih besar’ dengan perkembangan kemasukan pasaran dan kurang kontroversi harta intelektual dan isu lain.

“Saya percaya kemungkinan perjajian mata wang pada minggu ini. Saya fikir ia akan memimpin keputusan dibuat pentadbiran AS agar tidak melaksanakan kenaikan harga tarif pada 15 Okt ini,” katanya.

Trump melancarkan perang dagang terhadap China dengan meminta agar melakukan perubahan struktur tetapi Beijing tidak mahu mengubah pendirian asas mereka dalam mengawal ekonomi negara itu.

Ketika ditanya wartawan semalam sama ada dia bersedia menerima perjanjian ‘kecil’, Trump tidak menjawab dan hanya berlalu pergi.

Sebelum ini, Trump berkata beliau tidak mahu perjanjian terhad, lebih memilih skop lebih luas.

Peningkatan ketara tarif terhadap barangan China dan AS dalam beberapa bulan memberi kesan pada pasaran kewangan dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemelesetan global.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.