
Sebut sahaja kentang goreng, ramai yang memilih menu ini sebagai santapan pada waktu santai bersama rakan-rakan.
Ia bukan untuk mengenyangkan perut, tetapi lebih kepada kudap-kudapan ketika bersembang dan menghabiskan masa bersama keluarga dan kenalan.
Apabila anda membuat pesanan di kedai makan, ramai yang akan menyebut kentang goreng sebagai “French Fries”.
Tidak kira apa jua jenis kentang goreng, umum lebih mengenalinya dengan satu nama sahaja iaitu “French Fries”.

Jika anda perhatikan, semakin gelap warna “French Fries” yang anda makan, ia semakin membahayakan kesihatan.
Ini kerana ia mempunyai banyak kandungan “Acrylamide” di dalamnya, di mana ia boleh meningkatkan toksik dalam tubuh badan sekali gus menyebabkan kanser.
Secara Saintifik, “Acrylamide” ini akan aktif apabila sesuatu makanan berkanji digoreng pada suhu tinggi melebihi 120 darjah celcius.
Maka, anda perlu mengubahnya dengan keadaan lebih baik tetapi mengekalkan makanan yang sama iaitu kentang goreng “Belgian Fries”.

Apa beza “Belgian Fries” dan “French Fries”?
“Belgian Fries” lebih gemuk, isinya lebih padat.
Mengandungi jumlah “Acrylamide” yang sedikit berbanding “French Fries”

Apabila digoreng, warnya lebih kuning dan keemasan sahaja, menunjukkan ia tidak terdedah kepada jumlah “Acrylamide” yang tinggi, selamat untuk dimakan dan sihat untuk tubuh badan.

Untuk “Belgian Fries”, di luarnya rasa rangup manakala bahagian dalamnya sangat lembut. malah, tahap kerangupannya lebih tahan lama berbanding “French Fries”.
Harga sama seperti “French Fries”, masih boleh dimiliki dalam harga mampu milik.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]