Selfie di empangan India, 4 termasuk pengantin baru maut

Selfie di empangan India, 4 termasuk pengantin baru maut

Satu kajian tahun lepas oleh penyelidik dari All Indian Institute of Medical Sciences berkata seramai 259 orang terbunuh di seluruh dunia ketika mengambil selfie antara 2011 dan 2017.

Empangan Paambru di selatan India. Jumlah kematian diri tertinggi kerana selfie dilaporkan di India. (Gambar New Zealand Herald)
KRISHNAGIRI:
Seorang wanita baru mendirikan rumah tangga dan tiga anggota keluarganya maut selepas tergelincir ketika mengambil selfie di pekarangan sebuah empangan Paambru di selatan India pada Ahad.

Anggota keluarga enam orang memegang tangan satu sama lain dengan berdiri di kawasan empangan yang airnya di paras pinggang ketika itu, tiba-tiba seorang wanita melangkah turun ke dasar sungai dan tergelincir. Wanita tergelincir itu mengheret bersama tiga yang lain, kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.

Suami wanita itu berjaya menyelamatkan seorang wanita tetapi selebihnya – termasuk isteri dia dan anak lelaki berusia 14 tahun – lemas, lapor akhbar Press Trust of India.

Pasangan baru berkahwin itu, dari Bargur di sini, melawat saudara mara mereka di Uthangarai, lapor akhbar The Hindu.

Pakar memberi amaran anak-anak muda yang taksub dengan media sosial melampaui batasan untuk menyiarkan diri mereka sebagai sangat berani dan berisiko.

Mei lalu, tiga remaja mengambil gambar di landasan kereta api di negeri Haryana melompat ke landasan satu lagi apabila mereka melihat kereta api yang menghampiri mereka, tanpa menyedari ada satu lagi tren lain datang, lalu terbunuh.

Pada 2017, tiga pelajar yang mengambil selfie dari sebuah jambatan kereta api di negara bahagian selatan Karnataka terbunuh selepas dilanggar kereta api ekspres. Pada tahun yang sama, seorang lelaki meninggal dunia di Odisha selepas seekor gajah yang dia ambil seflie menyerang dia.

Satu kajian tahun lepas oleh penyelidik dari All Indian Institute of Medical Sciences berkata seramai 259 orang terbunuh di seluruh dunia ketika mengambil selfie antara 2011 dan 2017.

Jumlah kematian diri tertinggi dilaporkan di India, diikuti Rusia, Amerika Syarikat dan Pakistan, kata laporan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.