Menipu lah namanya jika seorang wanita tidak suka membeli beg tangan atau baju atau tudung baru.

Malah kasut baru juga pasti menjadi salah satu agenda bagi wanita yang keluar membeli belah setiap bulan jika harganya berbaloi.
Namun apa yang menghantui bagi mereka yang suka beli kasut baru ialah apabila kasut yang dibeli itu “makan” tuannya.

Jika orang tua dulu-dulu pasti akan suruh kita gigit kasut itu terlebih dahulu sebelum memakainya.
Namun betul ke? Sebenarnya tak perlu pun!
Jom ikuti langkah mudah ini kalau tak nak kena kaki kena “gigit” dengan kasut baru.
1. Pakai stokin di kaki dan kemudian pakai kasut baru tersebut.
2. Pasang pengering rambut dalam tetapan tidak terlalu panas dan halakannya ke kaki.
3. Buka stokin dan pakai kasut itu seperti biasa. Siap!
Mudahkan! Jom kita cuba sama-sama.
Sumber: twitter @alilashoes
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]