
Ditanya adakah Putrajaya merancang meluluskan undang-undang antilompat parti, Mahathir berkata undang-undang yang ketat terhadap penghijrahan parti tidak akan menggalakkan kerajaan sihat kerana golongan penentang tiada pilihan kecuali kekal dalam partinya.
“Kalau anda tampilkan diri anda sebagai ahli sesebuah parti dan mungkin kerana itu anda menang dan kemudian anda lompat, maka anda tidak berpegang pada janji dan gambaran diri anda.
“Tetapi, sebaliknya, apabila berdepan kerajaan yang betul-betul teruk dan anda tak boleh melompat dan terpaksa bersama kerajaan, saya fikir itu tidak akan menyumbang kepada tadbir urus yang baik.
“Saya fikir anda patut boleh berhijrah dan menukar parti,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Lawasia hari ini.
Mahathir menekankan mereka yang mahu berhijrah mesti melakukannya atas sebab-sebab yang baik dan bukan kerana cita-cita peribadi.
“Bukan kerana anda dekat dengan perdana menteri maka anda mungkin boleh jadi menteri…kalau itu sebabnya anda melompat, itu teruklah,” katanya.