Tuduh ambil wang dari peniaga, pegawai Khalid lapor polis

Tuduh ambil wang dari peniaga, pegawai Khalid lapor polis

Zulhazmi Shariff akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang membuat tuduhan itu.

Pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan Zulhazmi Shariff menafikan tuduhan dia mengambil wang peniaga. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad membuat laporan polis susulan tulisan dalam Facebook (FB) mendakwa beliau mengambil wang “perlindungan” daripada peniaga dan mengganggu kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Zulhazmi Shariff menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang membuat tuduhan tersebut.

“Dalam laporan saya dah nafikan. Saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya kepada FMT.

Beliau membuat laporan polis kira-kira 8.40 malam tadi di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tinjauan FMT di FB mendapati ‘posting’ terhadap Zulhazmi telah dipadam.

Dalam laporan yang dibuat kepada polis, Zulhazmi berkata menerima maklumat daripada rakannya mengatakan ada tulisan di FB mendakwa beliau meminta wang perlindungan daripada peniaga dan mengganggu kerja DBKL, dan terus memutuskan untuk membuat laporan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.