Elfira Loy kongsi nama anak dan wajah bayinya

Elfira Loy kongsi nama anak dan wajah bayinya

Muhamad Rayyan Khalaf dilahirkan 1 Oktober 5.40 petang secara normal dengan berat 3.68kg

Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, pelakon Elfira Loy sudah mendedahkan nama bayi itu kepada peminat.

Menerusi Instagramnya, Elfira, 25, mengumumkan bayi lelaki yang dilahirkan pada pukul 5.40 petang semalam sebagai Muhamad Rayyan Khalaf.

“Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris. Dilahirkan semalam, 1 Oktober pada pukul 5.40 petang secara normal dengan berat 3.68kg.

“Alhamdulillah syukur kerana bayi kami dilahirkan dengan sihat. Dunia kami rasa sempurna dan hati kami dipenuhi kasih sayang tidak terbanding,” tulis Elfira.

Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi lelakinya turut mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu.

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi. Setiap minit di dalam bilik pembedahan, setiap kesakitan dan momen saya lalui diulang kembali.

“Ya Allah, seperti sukar dipercayai. Terima kasih Ya Allah, keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.