Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar yang “sweet” bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Gambar itu dimuat naik dalam laman sosial Twitternya, hari ini.
Dalam gambar itu dilihat Yang di-Pertuan Agong cuba mencium Tunku Azizah dan aksi tersebut mendapat 3000 “retweet” dan 13,600 “like” .
Dengan kapsyen gambar “fuyuuuuuu..” oleh Tunku Azizah, netizen memberi komen dengan menyatakan “malu-malu tuanku permaisuri”
Kedua-duanya kelihatan segak dengan memakai busana diraja.
Di dalam komen netizen, ramai yang menyifatkan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri “sweet couple” dan “merpati dua sejoli”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]