Siapa yang tidak kenal dengan nama Cristiano Ronaldo.

Selain cekap dan mempunyai kepakaran yang hebat ketika bermain bola sepak, dia juga terkenal dengan wajahnya yang kacak.
Gaya fesyen rambutnya sering menjadi ikutan semua orang termasuklah kanak-kanak.
Bagaimanapun dalam laporan terbaru, Ronaldo memberi bayangan bahawa dia akan bersara dari dunia bola sepak dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.
Persaraan itu menyaksikan penghijrahannya dari dunia bola sepak ke dunia perniagaan.
Ronaldo yang memenangi hampir kesemua anugerah dipertandingkan adalah hasil pengalamannya mengasah bakat ketika bersama kelab Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan kini Juventus.
Beliau yang kini berusia 34 tahun bagaimanapun hanya akan tamat kontrak bersama Juventus pada musim panas 2022.
Dan disaat umurnya 37 tahun, ia dilihat sebagai masa yang tepat buat Ronaldo mengangkat but dan memberi tumpuan kepada perniagaannya semakin berkembang.
Antara perniagaan yang semakin rancak berkembang ialah salon yang dibuka awal tahun ini.
Sumber: Mirror UK
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]