
Makanan ringan atau “junk food” merupakan makanan yang susah untuk dielakkan daripada orang ramai.
Meskipun banyak kesan negatif tetapi ia tetap menjadi kegilaan ramai.
“Junk food” ini mempunyai pelbagai jenis makanan berperisa yang muncul dalam bermacam bentuk dan saiz.
Bagi orang berdiet, ia merupakan pantang larang dan memerlukan disiplin dalam diri sendiri.
Namun terdapat beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk nelawan nafsu daripada makan “junk food”.
1. Berjalan 15 minit
Berjalan mampu membuat anda melawan keinginan terhadap makanan ringan.
Melakukan senaman ringan seperti berjalan mampu mengeluarkan endorfin yang akan merangsang otak jadi lebih tenang.
Udara segar juga boleh merendahkan rasa stres.
Malah jika anda berjalan 15 minit keinginan makan makanan bergula juga akan turun.
2. Guna kayu manis
Seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Susan Albers mengamalkan tips ini apabila dia berdepan keinginan makanan ringan dan bergula.
Dia akan minum air panas yang dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis.
Tahukah anda bahawa serbuk kayu manis telah terbukti mampu mengembalikan paras normal serbuk kayu manis.
3. Makan avocado
Jika anda betul-betul teringin makan sesuatu yang ringan pilihlah makanan mengandungi lemak sihat, protein dan serat.
Antara makanan sihat yang boleh anda ambil ialah avokado.
4. Fikirkan aktiviti lain
Anda boleh membuat aktiviti yang tiada kena mengena dengan makanan bersama rakan, contohnya bersukan dan membuat aktiviti lasak.
Aktiviti seperti ini mampu mengalih perhatian anda daripada ingat pada “junk food”‘
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]