
Ketua Penerangan PAS Perlis Saifizi Saidon berkata sehingga lewat petang ini, masih belum ada sebarang perkembangan positif pada tahap kesihatan wakil rakyat itu.
“Beliau masih diletakkan bawah pengawasan rapi pihak HSB dan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawatnya. PAS Perlis menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Ahad lepas, Shukri rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat Perlis di Dewan 2020 di Kangar, Perlis.
Menteri Besar Perlis Azlan Man; Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Pemuda Umno Perlis, Harmizan Hassan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Mohd Ridzuan Hashim dilihat cuba membantu beliau dengan memberikan pertolongan awal ketika kejadian.
Beliau kemudiannya dimasukkan ke CCU Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar sebelum dipindahkan ke HSB di Alor Setar, semalam.