Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ringgit kekal kukuh selepas penyedia indeks FTSE Russell mengekalkan Malaysia dalam penanda aras Indeks Bon Kerajaan Dunia bersama-sama dengan China.

The ringgit trades at 4.1770 against greenback from Monday’s close of 4.1770.KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat berbanding dolar AS semasa urus niaga ditutup hari ini, dipacu peningkatan permintaan pelabur terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1850/1890 berbanding dolar SS berbanding 4.1860/1900 semasa ditutup pada Jumaat.

Beliau berkata, ringgit kekal kukuh selepas penyedia indeks FTSE Russell memutuskan untuk mengekalkan Malaysia dalam penanda aras Indeks Bon Kerajaan Dunia bersama-sama dengan China.

Secara menyeluruh, ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0256/0296 daripada 3.0292/0325 pada Jumaat, meningkat berbanding yen kepada 3.8757/8801 daripada 3.8774/8818, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5704/5752 daripada 4.5732/5793.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, menyusut berbanding pound Britain kepada 5.1496/1562 daripada 5.1433/1499 sebelumnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.