Gandum berusia 3,000 tahun ditemui di timur Turki

Gandum berusia 3,000 tahun ditemui di timur Turki

Biji gandum yang ditemui dan beberapa artifak bersejarah dipercayai berasal dari zaman Urartu dan Empayar Bizantium.

Penggalian di Solhandi, di timur Turki, akan mendedahkan cara hidup penduduk tempatan, jenis haiwan yang dimakan dan produk pertanian digunakan. (Gambar Reuters)

BINGOL (Turki): Biji gandum berusia sekurang-kurangnya 3,000 tahun ditemui di timur Turki, yang membuktikan terdapat aktiviti pertanian di wilayah itu pada zaman purba, lapor agensi berita Anadolu.

Satu pasukan dianggotai 158 orang kini melakukan penggalian di Solhan, satu daerah dalam wilayah Bingol.

Ziya Kilinc, ketua pasukan penggalian itu, berkata, biji gandum tersebut dan beberapa lagi artifak bersejarah dipercayai berasal dari zaman Urartu dan Empayar Bizantium.

Abdulkadir Ozdemir, seorang pakar arkeologi di Universiti Firat, berkata penggalian itu akan mendedahkan cara hidup penduduk tempatan, jenis haiwan yang mereka makan dan produk pertanian yang mereka gunakan.

Ozdemir berkata analisis makmal akan mendedahkan sama ada biji benih itu adalah tumbuhan liar ataupun ditanam.

Penggalian dua tahun itu telah menemui banyak artifak yang berasal dari zaman Urartu dan Bizantium dalam petempatan berusia 3,600 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.