Asics minta maaf skrin besar kedainya tayang bahan lucah

Asics minta maaf skrin besar kedainya tayang bahan lucah

Asics berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan firma perisian dan pembekal keselamatan dalam talian untuk memastikan keadaan sama tidak berulang.

Skrin TV di kedai Asics Shortland St, Auckland dipercayai telah digodam dan menayangkan bahan lucah pada Ahad selama dua jam. (Gambar New Zealand Herald)
SYDNEY:
Rangkaian jenama sukan Jepun, Asics di New Zealand memohon maaf selepas bahan lucah disiarkan menerusi skrin besar TV di kedainya di tengah Auckland hampir dua jam sehingga mencetuskan kejutan di kalangan orang ramai dan pengunjung pada Ahad.

Bahan lucah ditayangkan di skrin luar kedai hingga jam 9 pagi – sebelum pekerja yang datang kira-kira pukul 10 pagi membetulkan keadaan itu, kata akhbar New Zealand Herald.

“Beberapa orang terkejut, tetapi yang lain hanya berhenti dan memerhatikan,” kata pengawal keselamatan, Dwayne Hinango kepada akhbar itu.

Kandungan itu amat “tidak wajar dan menyakitkan hati” dan “bukan sesuatu yang anda mahu kanak-kanak terdedah kepada,” kata Tanya Lee, yang mempunyai anak lelaki berusia tujuh tahun.

Asics New Zealand berkata dalam catatan Facebook, orang yang tidak dikenali telah mendapat akses kepada rangkaian televisyennya.

“Sesetengah kandungan yang tidak menyenangkan dipaparkan di skrin,” katanya.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin melihatnya.”

Syarikat itu berkata ia sedang bekerjasama dengan firma perisian dan pembekal keselamatan dalam talian untuk memastikan keadaan yang sama tidak berulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.