
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.
“Bekas pengarah (kastam) negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan, manakala dua lagi suspek ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands,” katanya sambil menambah sejumlah wang tunai turut dirampas dalam tangkapan di hotel berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nilai dan jumlah rampasan yang dibuat.
Tambah Latheefa, hasil permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu, kesemua suspek dibenarkan ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
Sementara itu katanya, SPRM akan membekukan kesemua akaun suspek dan individu yang turut disyaki terlibat dalam siasatan kes tersebut.
“Keseluruhannya 20 akaun individu dan empat entiti dibekukan,” katanya.