
Salleh Said Keruak, bekas menteri komunikasi, mengatakan sebenarnya Islam mengajar tidak ada paksaan dalam agama.
Bagaimanapun, Salleh berkata terdapat banyak radikal yang menggunakan Islam sebagai samaran bagi kegiatan pelampau dan keganasan mereka, mengatakan kumpulan militan IS mermpunyai 40,000 anggota dan 60,000 penyokong.
“Tetapi ada lebih dua bilion orang Islam di 232 negara seluruh dunia. Bagaimana 100,000 lebih orang itu daripada dua bilion ini dikatakan mewakili Islam, atau dianggap suara Islam?” katanya di blog peribadinya.
Salleh mengulas pengumuman Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bahawa Pakistan, Malaysia dan Turki akan memulakan saluran berita berbahasa Inggeris untuk berdepan cabaran Islamofobia.
Minggu lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Perimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluh orang Islam dituduh melakukan keganasan walaupun mereka tidak berbuat demikian.
Beliau berkata penciptaan Israel antara sebab permusuhan terhadap orang Islam dan Islam.