Sesuaikah anak bawah 5 tahun minum susu alternatif

Sesuaikah anak bawah 5 tahun minum susu alternatif

Sebaiknya dapatkan nasihat dan berundinglah dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan yang bertauliah sebelum memberikan anak anda sebarang susu alternatif.

Dalam pasaran sekarang, sememangnya terdapat pelbagai produk minuman susu alternatif berasaskan tumbuhan selaras dengan peningkatan isu intolenransi laktosa dan juga alahan.

Produk minuman susu ini dikatakan mungkin mempunyai nutrisi yang sama seperti susu tenusu.

Untuk pengetahuan umum, produk susu berasaskan tumbuhan adalah merujuk kepada minuman tenusu yang dihasilkan daripada tumbuhan seperti oat, soya, kacang pea, kacang gajus, kacang badam dan pelbagai tumbuhan lain, termasuklah kelapa.

Susu alternatif bukan pengganti sesuai

Namun menurut laporan daripada Healthy Drinks Healthy Kids memberitahu pakar menyatakan bahawa susu alternatif berasaskan tumbuhan ini mempunyai nilai yang berbeza dan tidak dapat menggantikan susu lembu atau susu ibu.

Jelas pakar susu daripada kelapa (santan), susu beras dan susu berasaskan tumbuhan lain merupakan pengganti susu tenusu yang tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Susu bukan sekadar mengandungi kalsium. Ia adalah minuman yang mempunyai keseimbangan vitamin D, kalsium, B12, kalium dan protein.

Dalam erti kata lain ia adalah seperti “satu kedai serbaneka” yang penuh dengan komponen utama bagi pertumbuhan dan pembangunan sihat kanak-kanak.

Berlainan pula dengan susu bukan tenusu (selain daripada susu soya yang diperkaya), walaupun ia mungkin menawarkan beberapa nutrien tetapi sangat berbeza.

Ia dipercayai boleh “memusnahkan” nutrien yang diperolehi daripada minuman sihat.

Tiada keseimbangan nutrien

Kebanyakan susu alternatif tidak mempunyai keseimbangan nutrien.

Ia sama ada mengandungi banyak atau lebih kalori untuk susu, terlalu banyak atau sedikit lemak dan mungkin tinggi kandungan karbohidrat.

Lebih membimbangkan, susu alternatif ini berkemungkinan mengandungi kandungan gula atau pengganti gula yang tinggi.

Ia mungkin lebih baik sedikit daripada pengambilan minuman soda yang lebih banyak kandungan gula.

Sesetengah produk susu alternatif mungkin ditambah kandungan nutrien bagi menjadikan ia lebih “baik” dan menarik berbanding produk tenusu lain.

Tetapi hakikatnya penambahan komposisi nutrien adalah tidak semudah menambah apa juga vitamin dan mineral yang mungkin tidak.

Penjelasan daripada pakar mengatakan, badan kita mungkin tidak akan dapat menyerap zat dan nutrien daripada susu berasaskan tumbuhan seperti produk susu tenusu.

Umumnya, badan kita memproses setiap jenis makanan secara berbeza.

Struktur dan komponen dalam susu menjadi nutrien yang terkandung di dalamnya lebih “bioavailable”, menurut istilah pakar nutrisi.

Kesimpulannya

Untuk anak berusia 5 tahun ke bawah, yang mungkin mempunyai masalah intoleransi atau alahan kepada susu lembu, mungkin susu alternatif merupakan pilihan terakhir untuk membantu anak anda memperolehi nutrisi yang diperlukan.

Tetapi sebaiknya, dapatkan nasihat dan berundinglah dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan yang bertauliah sebelum memberikan anak anda sebarang susu alternatif.

Janganlah membuta tuli mendengar saranan mahupun nasihat daripada jiran sebelah rumah ataupun Dr Google.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.