Mohd Khairul Adib dilantik KP Perkhidmatan Awam baru bermula 1 Okt

Mohd Khairul Adib dilantik KP Perkhidmatan Awam baru bermula 1 Okt

Mohd Khairul menggantikan bekas ketua pengarah Perkhidmatan Awam Borhan Dolah yang bersara 9 Sept lepas.

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam baru, Mohd Khairul Adib Abdul Rahman. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Mohd Khairul Adib Abd Rahman dilantik sebagai ketua pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 1 Okt bagi menggantikan Borhan Dolah yang bersara pada 9 Sept lepas.

Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Khairul Adib, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Sains Polisi dari Saitama University, Jepun.

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Jan 1988,” katanya.

Ismail berkata Mohd Khairul mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan perkhidmatan awam serta pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha dan timbalan ketua setiausaha di Kementerian Pengangkutan, setiausaha bahagian di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (sekarang dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim).

Selain itu katanya, Mohd Khairul pernah berkhidmat di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (sekarang Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli) dan bertugas sebagai penasihat pendidikan dan latihan di Tokyo, Jepun dan London, United Kingdom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.