Keuntungan bersih Gamuda naik kepada lebih RM700 juta

Keuntungan bersih Gamuda naik kepada lebih RM700 juta

Keuntungan Bersih Gamuda Bhd meningkat daripada RM530.18 juta kepada RM706.11 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2019.

KUALA LUMPUR:
Keuntungan bersih Gamuda Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2019 meningkat kepada RM706.11 juta daripada RM530.18 juta yang direkodkan pada 2018.

Perolehan meningkat daripada RM4.22 bilion kepada RM4.57 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata bahagian hartanah Gamuda Land mencatatkan jualan hartanah tahunan kedua tertinggi sebanyak RM3.1 bilion pada tahun kewangan 2019, lebih rendah daripada jualan RM3.6 bilion tahun lepas berikutan pasaran hartanah Malaysia yang mencabar.

“Bagaimanapun, jualan hartanah di luar negara menerima dorongan daripada dua projek di Vietnam yang kekal kukuh. Jualan luar negara menyumbang dua pertiga daripada jualan hartanah secara keseluruhan,” katanya.

Kumpulan itu menjangkakan prestasi tahun depan akan dipacu jualan hartanah luar negara, khususnya di Vietnam dan kemajuan Projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.