Selepas 83 tahun Pawagam Odeon dirobohkan, ciri seni bina lama dikekalkan

Selepas 83 tahun Pawagam Odeon dirobohkan, ciri seni bina lama dikekalkan

Pawagam yang satu ketika dahulu menjadi tumpuan orang Kuala Lumpur untuk menonton wayang bakal digantikan dengan servis apartment, bangunan perniagaan bertingkat.

Selepas menjadi salah satu pusat tumpuan membeli belah di tengah ibu kota Kuala Lumpur yang berdiri megah selama 44 tahun, akhirnya dua tahun lepas Ampang Park terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT.

Dan kini, Pawagam Odeon juga terpaksa menerima nasib yang sama kerana bakal dirobohkan.

Cuma yang berbeza kali ini ialah Panggung Odeon bakal digantikan dengan pembinaan servis apartment dan bangunan perniagaan bertingkat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan usul projek baru dan sedang dalam proses mengeluarkan development order.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan bangunan tersebut akan mengekalkan beberapa ciri-ciri seni bina lama dalam reka bentuk baharu pembinaan tersebut.

“Ada permintaan bahawa sebahagian bangunan dengan ciri-ciri seni bina lama dikekalkan dalam reka bentuk baru.

“Kita tidak boleh menghentikan pembangunan kerana ia adalah bangunan swasta,” kata Nor Hisham.

Badan Warisan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan negara berkata bahawa mereka tidak menghalang pembangunan tetapi pemaju harus mengekalkan ciri bangunan asal.

Panggung Odeon telah beroperasi selama 83 tahun dan dibuka secara rasmi pada 6 Ogos 1936.

Lokasi ikonik ini begitu popular sebagai tempat warga kota menghabiskan masa menyaksikan filem-filem Melayu dan Tamil di bawah pengurusan Kumpulan Pawagam Iswaria dan Antena Entertains, terutamanya pada era 70-an dan 80-an.

Pada tahun 1981, Panggung Odeon dipilih sebagai lokasi utama untuk orang ramai menonton filem Melayu paling mahal pada ketika itu, Bukit Kepong yang diarahkan dan dibintangi oleh Jins Shamsudin.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.