25 maut gempa bumi Pakistan, 500 lagi cedera

25 maut gempa bumi Pakistan, 500 lagi cedera

Menteri Penerangan wilayah Azad Kashmir, Mushtaq Minhas berkata anggota penyelamat terpaksa menggunakan helikopter tentera untuk sampai ke semua kawasan yang terjejas.

Kerosakan teruk akibat gempa bumi di Jatlan, Mirpur, Pakistan. (Gambar Reuters)
KARACHI:
Anggota penyelamat dengan dibantu pihak tentera berdepan kesukaran untuk sampai ke kawasan terpencil di Azad Kashmir yang terjejas akibat gempa bumi, lapor agensi berita Anadolu.

Menteri Penerangan wilayah Azad Kashmir, Mushtaq Minhas, berkata anggota penyelamat terpaksa menggunakan helikopter tentera untuk sampai ke semua kawasan yang terjejas.

Sehari selepas gempa berkekuatan 5.8 magnitud menggegar wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan, pihak berkuasa mengesahkan 25 orang terbunuh, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga Rabu.

Minhas berkata sehingga kini 500 orang yang cedera telah dihantar ke hospital.

“Operasi menyelamat hampir selesai, kini operasi menyalurkan bantuan kemanusiaan akan bermula,” katanya.

Beliau berkata bekalan makanan dan air minuman akan diagihkan ke kawasan terpencil, yang masih terputus hubungan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.