
Keputusan mahkamah itu dilihat sebagai satu tamparan yang bakal menyulitkan lagi langkah Britain keluar dari Kesatuan Eropah.
Keputusan sebulat suara 11 hakim mahkamah melemahkan Johnson dan memberi ruang lebih banyak untuk menentang janjinya membawa Britain keluar dari EU pada 31 Okt.
Para pemimpin pembangkang menuntut agar beliau meletakkan jawatan perdana menteri dengan segera.
“Keputusan untuk menasihati Ratu mengenai keputusan menggantung parlimen tidak sah kerana ia mempunyai kesan mengecewakan atau menghalang keupayaan parlimen untuk melaksanakan fungsi perlembagaan tanpa alasan munasabah,” kata Presiden Mahkamah Agung Brenda Hale, sambil membaca keputusan bersejarah itu hari ini.
“Parlimen tidak digantung. Ini adalah penghakiman sebulat suara daripada semua 11 hakim,” katanya.
“Parlimen, dan khususnya speaker perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan seterusnya.”
“Sebagai badan demokrasi Parlimen kita, Dewan Rakyat mesti bersidang tanpa henti,” kata Speaker John Bercow.
“Untuk tujuan ini, saya akan berunding dengan pemimpin parti sebagai satu perkara yang mendesak.”
Setakat ini belum ada ulasan daripada Johnson, yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.