Tip mudah wangikan kereta seperti baru tanpa belanja besar

Tip mudah wangikan kereta seperti baru tanpa belanja besar

Kereta yang wangi atau tiada bau busuk secara tidak langsung akan memberi ketenangan kepada pemanduan sekaligus menyihatkan badan.

Bau busuk dan hapak pada kereta pasti boleh mengganggu mood pemanduan anda setiap hari.

Oleh itu penting untuk anda mewangikan bau kereta agar anda rasa selesa saat memandu terutamanya dalam tempoh yang lama.

Selain menggunakan pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran, sebenarnya ada petua lebih menjimatkan dan murah yang anda boleh buat untuk mewangikan bau kereta.

Banyak tip yang boleh dilakukan supaya kereta anda tidak kira lama atau baru boleh kelihatan dan berbau seperti baru.

Malah, bahan yang digunakannya juga murah dan mudah didapati di rumah.

1. Sediakan 1 bekas plastik seperti yang digunakan untuk membungkus makanan.

2. Ambil 1 getah yang biasa digunakan untuk ikat makanan berwarna jingga.

3. Ambil sehelai kertas tisu.

4. Masukkan sudu besar serbuk kopi atau Nescafe ke dalam bekas kemudian tutup menggunakan tisu di permukaan dan ikat guna getah.

5. Letak bekas itu di bawah kerusi kereta anda.

Sifat kopi sememangnya untuk menghilangkan bau. Malah anda juga boleh menggantikan dengan hirisan daun pandan.

Ia ternyata lebih bagus daripada pewangi sintetik yang penuh dengan bahan kimia yang mungkin dapat merosak paru-paru anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.